Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Cara Tidur Paling Baik

Monday, December 14, 2009

Assalamualaikum wbr ....

CARA TIDUR PALING BAIK

Adakah anda sedar cara anda tidur selama anda hidup sehingga hari ini? Jadi,
entri kali ini, juz nk share dengan u all semua, cara paling baik untuk tidur..
Baik untuk siape? Untuk kita dan keturunan kita jugakkan? So, bila dah baca,
kenalah amalkan, barulah berkesan, Insyaallah ...


CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

* Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau
11.00 dengan keadaan berwuduk.

* Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian
bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

* Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

* Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri
di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat
hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

* Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
* Selepas masuk waktu Asar.
* Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

o Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
o Merosakkan warna kulit.
o Melemahkan jantung.
o Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
o Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
o Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

* Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
* Hindarkan dari tidur lewat malam.
* Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum
turun dari katil.
* Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan
selepas saja bangun dari tidur.
* Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
* Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

o Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
o Banyak minum air di waktu pagi.
o Banyak memakan atau meminum yang serba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

o Merokok yang berterusan.
o Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
o Kurang tidur.
o Sentiasa mandi di tengah malam.
o Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

o Melihat kepada benda-benda kotor.
o Melihat kepada palang/salib.
o Duduk dengan membelakangkan kiblat.
o Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
o Banyak menangis.

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top