Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Bersedialah Untuk Mati

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum wbr ...

ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MATI?

Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati. Hanya Allah jua yang Maha
Mengetahui. Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

1. Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.

2. Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.

3. Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.

4. Segera memohon kemaafan daripada orang yang kita telah lakukan
kesalahan.

5. Sediakan wasiat.

6. Banyakkan amal jariah.

7. Ajarkan ilmu yang bermanfaat.

8. Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.

9. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu Sedekah jariahnya, Ilmu yangbermanfaat, Anak yang soleh yang akan mendoakannya. "
- (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untukbekalan sesudah mati. - (HR At Tirmidzi)



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top