Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 WAJIB BACA: Anda Tahu Perbezaan Coca dan Coke?

Tuesday, December 29, 2009



COCA DAN KOKAIN


Pengenalan

Pokok coca digunakan oleh masyarakat Amerika Syarikat sejak berjuta-juta tahun lagi. Coca dikunyah untuk menghilangkan kepenatan. Pada tahun 1880, kokain yang asli telah diekstrakan daripada coca dan digunakan oleh masyarakat tempatan. Pada abad ke-19, kokain digunakan sebagai ubat oleh orang-orang barat. Pada tahun 1904, "coca-cola" memberhentikan pemasukkan kokain dalam produk mereka, tetapi coca-cola masih mengandungi kandungan kokain yang rendah. Kokain digunakan secara perubatan untuk mengurangkan kesakitan dan oleh masyarakat tempatan.



Kokain ditemui daripada daun coca. Nama saintifik untuk coca ialah Erythroxylum coca. Kandungan kokain dalam daun coca adalah antara 0.1% hingga 0.9%. Pokok coca yang mempunyai ketinggian yang tinggi mempunyai kandungan kokain yang tinggi. Manakala pokok yang pendek mengandungi kandungan kokain yang rendah. Dengan mengunyah daun coca penyakit seperti "mountain sickness" iaitu wanita yang mengandung muntah-muntah dan kekurangan oksigen dapat diubati. Kokain merupakan perangsang sistem saraf pusat di mana ia menambahkan selera makan, menyebabkan kita mengantuk dan berkhayal. Pokok coca ini biasanya ditemui di Peru dan Bolivia.

Pada mulanya pengekstrakan kokain dibuat oleh ahli kimia Jerman bernama Albert Niemann pada pertengahan abad ke-19. Pada awalnya, ia digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Selepas itu, kokain digunakan oleh masyarakat tempatan untuk mata, telinga, pembedahan kerongkong dan berlanjutan sehingga kini serta mempunyai fungsi yang kurang dalam pembedahan. Kini, kokain digantikan dengan bahan sintetik iaitu lidocain. Pada kurun ke-19, ramai orang mengambil kokain kerana kesan euphorik dan tenaga walaupun boleh menyebabkan ketagihan.


Pada tahun 1880-an seorang ahli psysic, Sigmund Freud telah menghasilkan kertas kerja memuji potensi kokain sebagai ubat untuk kurangkan tekanan, alkoholik, dan penagih morphin. Keraguan timbul akibat penggunaan kokain yang menimbulkan masalah mental, keracunan dan ketagihan. Menurut maklumat yang dikumpulkan pada tahun 1962, 92% daripada penjualan kokain adalah di Amerika Syarikat yang boleh didapati dalam bentuk ubatan dan boleh diperolehi daripada farmasi tempatan. Pada tahun 1911, kerajaan Kanada memperketatkan undang-undang kokain dan kemasukannya disekat. Pada tahun 1920-an dan 1930-an penggunaan kokain dimansuhkan, apabila amphetamin boleh diperolehi dengan mudah. Penggunaan kokain aktif semula pada 1960-an berikutan dengan pengurangan amphetamin.

KOKAIN BOLEH DIPEROLEHI DALAM BENTUK GARAM HIDROKLORIDA

Kokain boleh diperolehi dalam bentuk garam hidroklorida. Garam ini berbentuk serbuk putih berkristal yang dikenali sebagai coke atau salji. Penjual haram pula menamakan serbuk ini sebagai bedak atau gula yang mengandungi kandungan dadah yang tinggi iaitu procain dan benzoicain (digunakan sebagai ubat bius oleh masyarakat tempatan). Garam ini juga boleh didapati dalam bentuk amphetamin.

Serbuk kokain ini biasanya disedut melalui rongga hidung, walaupun cara ini boleh menyebabkan mukos terhakis di bahagian mulut, rektum atau vagina. Bagi mendapat kesan yang cepat kokain disuntuk ke salur darah. Secara klinikal sesetengah alkoloid dibuang daripada hidroklorida kerana kandungannya yang sangat bahaya.



KESAN DADAH BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR:

a) Jumlah yang diambil dalam satu jangka masa tertentu.

b) Pengalaman pengambilan dadah oleh penagih sebelumnya.

c) Dalam bentuk apa dadah diambil.

d) Dalam keadaan mana dadah diambil (tempat, keadaan psikologi penagih, kestabilan emosi dengan kehadiran orang lain, rangsangan dalam penggunaan alkohol atau dadah lain dan lain-lain).

KESAN PENGAMBILAN

1. Psikologi

Kesan psikologi ini bergantung dos yang diambil, kokain akan menyebabkan khayalan, euphoria, peningkatan stamina atlit, kurangkan keletihan (patutlah lepas minum rase segar dan tak letih), menerangkan pemikiran, menambahkan konsentrasi, menambahkan tenaga, insomnia. Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kelakuan yang agresif, takut, paranormal, antisosial dan agresif.

2. Fizikal

Memperlahankan denyutan jantung, tekanan darah, dan peningkatan suhu badan, pengecutan anak mata, menambahkan selera makan, strok, serangan jantung dan boleh membawa maut. Termasuk juga sakit dada, demam melumpuhkan sistem saraf pusat dan seterusnya koma.

3. Lebihan dos

Pergulungan saraf, khayalan, peningkatan suhu badan, kematian tiba-tiba, strok atau angin amar dan serangan jantung.

HALANGAN DAN TOLERANSI


Toleransi ke atas apa jua jenis dadah adalah dengan menambahkan dosnya dari semasa ke semasa untuk mendapat kesan yang sama. Para saintis tidak sedar bahawa penambahan dos dalam masa yang berpanjang akan memberi pengalaman euphoria. Tetapi ini akan memberi kesan jangka panjang. Menurut laporan, penambahan dos kadang-kala mencapai sehingga 10g (10 000mg).

Walaupun menurut laporan sesetengah pengguna merasa sangsi dengan penggunaan kokain sebagai ubat bius. Kesangsian ini yang menjadi fakta untuk menerangkan sesetengah kematian dengan penggunaan kokain yang rendah. Eksperimen ke atas binatang penggunaan kokain adalah paling baik sekali untuk psikologi. Tikus dan monyet mempunyai ketahanan yang tinggi walaupun dos kokain ditambah. Kebanyakan pengguna mengadu bahawa pengambilan kokain ini menyebabkan mengantuk dan ketidakseleraan makanan, tekanan dan khayalan.

COCA DAN UJIAN DARAH

Kokain boleh dikesan dalam urin pengambil dalam masa antara 48-72 jam. Benzoylegonin boleh dikesan dalam urin selepas 48 jam. Di Amerika Syarikat ujian ini dibuat oleh "Substance Abuse and Mental Health Services Administration (SAMHSA) (NIDA). Kokain adalah salah satu daripada "NIDA 5". Lima ujian dadah dibuat oleh NIDA untuk mengesahkan ujian tersebut.

KOKAIN DAN KEHAMILAN

Pengkajian kesan kokain ke atas wanita hamil dan janin adalah kurang. Ada laporan yang menyatakan peningkatan tekanan darah boleh membawa kepada risiko bersalin. Pengambilan dadah jenis lain seperti alkohol, cannabis dan tembakau juga boleh menimbulkan kesukaran kepada wanita yang hamil atau mandul.

SIAPA YANG MENGGUNAKAN KOKAIN

Pada tahun 1960-an, kokain adalah sedikit mahal. Oleh itu, hanya golongan yang mampu sahaja yang menggunakannya seperti ahli muzik, atlit dan ahli perniagaan. Kini, masyarakat daripada pelbagai peringkat menggunakan kokain. Golongan muda ramai yang menggunakan dadah ini dengan ¾ pengguna lelaki dan ¼ wanita. Tidak ada kesinambungan yang jelas antara penggunaan kokain dengan pendidikan, pekerjaan dan status sosioekonomi. Kajian ke atas orang dewasa Kanada dan pelajar sekolah tinggi adalah pengguna pada kadar yang biasa. Pada tahun 1989, Pertubuhan penagih Ontario mendapat pelajar tingkatan 1 hingga 3 adalah pengguna 2.7% kokain sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

HUKUMAN DAN UNDANG-UNDANG

Kokain jatuh di bawah Akta Pengawalan Narkotik Kanada (Farmakiologi: "Narkotik" ke atas dadah berbahaya sahaja, tetapi akta ini juga bertindak ke atas penyalahgunaan dadah lain seperti kokain dan cannabis).

Pemilikan kokain pada mulanya akan dikenakan penalti AS 1000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Pemilikan kokain yang berikutnya dikenakan penalti maksimum sebanyak AS 2000 dan 12 bulan penjara. Jika didapati mengimport, mengeksport dan memiliki kokain untuk tujuan penjualan haram akan dikenakan penalti yang paling maksimum iaitu dijatuhkan hukum penjara seumur hidup.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, kokain adalah pengekstrakan daripada coca. Penggunaan kokain sebagai ubatan memang tidak dapat dinafikan. Walaupun coca mempunyai nilai perubatan, tetapi bahan sintetik juga dicipta seperti lidocain. Penyalahgunaan kokain boleh membawa maut kepada kita. Oleh itu, penggunaan kokain perlulah disekat supaya tidak memudaratkan kesihatan masyarakat.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top