Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 VIRGO: Kenali Rahsia Diri Anda dan Si Dia

Tuesday, December 22, 2009



RAHSIA DIRI ANDA DAN SI DIA


Ciri Positif

Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif


Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITTARIUS.

Gelagat Perhubungan

Orang yang dilahirkan pada tarikh di antara 22 Ogos hingga 22 September sentiasa tenang, serius dan agak kolot. Dari segi berkawan , anda mungkin tidak suka menunjuk – nunjuk bahawa anda ini adalah seorang kawan yang dapat dipercayai , tetapi anda adalah seorang kawan yang bertanggungjawab. Dari segi pergaulan yang membuahkan cinta, Virgo mungkin tidak romantis tetapi anda dapat menjadi kekasih yang 'hangat'. Kata – kata “ Biar Lambat Asal Selamat “ dapat anda terapkan dalam percintaan. Apabila anda tertarik pada seseorang , anda tidak akan terburu – buru bergaya atau memikat ( menggoda ) . Sebaliknya anda akan mengamati dan meneliti dahulu sebelum mengungkap isi hati anda . Lantaran itu anda bukan petualang cinta. Cancer ( 21 Jun – 20 Julai ) dapat menjadi kawan atau kekasih yang baik bagi Virgo . Manakala bersama Virgo yang serius , Cancer yang cemburu ; tidak akan berasa resah . Di samping sifat Cancer yang sukar dijangka akan membuatkan Virgo menjadi ceria memikirkan sesuatu yang tersirat di fikiran . Pasangan yang juga tepat bagi Virgo ialah Leo ( 21 Julai – 21 Ogos ) . Sifat Leo yang gemar berubah menurut kehendak hati ; tetapi Leo tahu cara untuk menggembirakan kawan atau kekasih seperti Virgo. Sebaliknya , Sagittarius ( 23 November – 20 Disember ) bukan pasangan yang ideal buat Virgo. Sagittarius pecinta kebebasan sedangkan Virgo cenderung untuk merancang sesuatu dalam hidup dengan teliti. Seterusnya , sifat Virgo agak tertutup , misalnya dalam hal mengungkapkan rasa cinta, manakala sifat Sagittarius lebih terbuka , sehingga tidak segan – silu menciumi kekasihnya di khalayak ramai !

Perhubungan Seks

Virgo sangat berhati – hati terhadap sesiapa yang menjadi pasangannya di ranjang. Mereka memiliki cita rasa moral yang tinggi dan tidak biasa mempunyai lebih daripada seorang pasangan pada satu –satu masa. Sesetengah Virgo bersifat penyayang , tetapi sebahagian lagi terlalu penyegan . Maksud di sini , Virgo hanya memilih pasangan yang bijak , melainkan anda dapat membuktikan kepada Virgo bahawa anda bijak dan cantik . Jika sebaliknya , tunggulah saat anda kehilangan Virgo.

Kerjaya dan Kewangan

Virgo mencapai saat mantap dalam kerjaya apabila dia dapat memperlihatkan ilmu dan kemahirannya yang dapat difahami oleh orang lain. Ini bermakna , kelahiran Virgo perlu mengembangkan bakat pertuturan apabila berkomunikasi dengan orang lain . Kerjaya yang sesuai adalah guru atau wartawan . Virgo begitu aktif dalam menjalankan tugas harian . Anda suka belajar sebarang jenis pekerjaan asalkan ada ganjaran dalam bentuk wang. Oleh sebab anda seorang yang tekun , cekap dan sentiasa produktif ; sebagai ganjaran terhadap sikap anda itu , anda sentiasa berada dalam kecukupan dari segi kewangan. Virgo mudah dapat wang tetapi anda bukan seorang pemboros. Sebaliknya , suka
menyimpan . Kalau terlibat dalam pelaburan sekalipun , anda sentiasa berhati – hati supaya risikonya tidak tinggi.

Keluarga dan Rumahtangga

Rumah orang berzodiak Virgo sentiasa kemas , bersih dan teratur. Kalau berada di dalam rumah Virgo , anda jangan cuba – cuba mengalihkan susunan perabotnya ! Namun , Virgo perlu bertimbang rasa terhadap anak – anak dan ahli – ahli keluarga yang tinggal serumah dengannya, sebab tidak semua orang sama cita rasa dalam hal mengemas rumah dan menyusun perabot . Aneh juga bagi anda yang berlambang Virgo sebab , kalau ada sedikit masalah , anda gemar ‘ berkurung ‘ dan menyendiri di dalam rumah. Namun , jika tiada bermasalah , Virgo gemar menjadi tuan rumah kepada perkumpulan untuk sembang – sembang dan makan minum. Virgo menyukai kanak – kanak , tetapi agak tegas , lantaran anda bercita – cita menjadikan anak – anak bermoral dan pandai berdikari apabila dewasa.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top