Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 BAWAK KERETA AUTO LAGI SENANG!

Thursday, December 03, 2009

Assalamualaikum wbr...

Transmisi Automatik

Memandu kereta transmisi automatik berbeza sedikit berbanding dengan kereta transmisi manual. Memandu kereta transmisi automatik sangat mudah kerana pemandu tidak perlu mempelajari teknik mengawal klac dan menukar gear yang kebiasaannya menjadi satu masalah buat pemandu yang baru belajar dan juga guru sekolah memandu.

Mungkin anda telah belajar memandu kereta transmisi manual dan mendapati sangat susah untuk menguasai teknik pertukaran gear dan mengawal klac.Sekiranya anda mengalami masalah ini anda boleh la bertukar kepada kereta transmisi automatik.Bagaimanapun operasi transmisi automatik dan fungsinya berbeza. Anda perlu tahu cara memandunya sebelum dapat merasai kesenangannya.

Di bawah, kami memberikan sedikit tips dan cara-cara pemanduan kereta transmisi automatik.


Langkah-langkah
1. Cari pemandu berpengalaman, seelok-eloknya guru sekolah memandu untuk mengajar anda.
2. Sekiranya anda telah belajar cara memandu kereta transmisi manual, maklumkan pada guru yang ingin mengajar.
3. Beritahu masalah yang anda hadapi. Seperti tidak tahu cara menukat gear dan macam-macam lagi.
4. Duduk disebelah guru memandu dan dengar peneranganya.
5. Perhatikan cuma terdapat dua pedal di dalam kerta transmisi automatik iaitu pedal brek dan pedal minyak.
6. Pastikan cuma kaki kanan yang menekan pedal. Kaki kiri rehatkan di lantai.
7. Perhatikan kedudukan gear. Berbeza daripada manual yang mempunyai 5 gear dan gear R. Transmisi auto mempunyai beberapa pilihan iaitu P untuk Parking, R untuk gear
undur, D untuk memandu dan N untuk Neutral ( Digunakan sekiranya kereta perlu
ditolak atau ditarik).
8. Periksa kedudukan gear berada pada parking (P).
9. Hidupkan enjin.
10. Tekan pedal brek dengan kaki kanan.
11. Gerakkan gear daripada kedudukan (P) ke kedudukan (D).
12. Untuk keselamatan, lihat sekeliling, termasuk titik buta (blind spots) dalam
keadaan brek tangan belum diturunkan.
13. Sekiranya keadaan selamat, lepaskan brek tangan.
14. Gunakan isyarat sekiranya ada kenderaan lain.
15. Lepaskan brek kaki dengan perlahan dan kereta akan mula bergerak kehadapan.
16. Tekan pedal minyak untuk meningkatkan kelajuan.

Gerakkan gear daripada “D” ke “3″, “2″, or “L” untuk mengawal kelajuan ( tanpa brek) dalam keadaan tertentu seperti mendaki, kesesakan lalu lintas dan hujan.

TIPS

Kereta akan bergerak kehadapan sebaik sahaja anda memilih ke D. Pastikan kaki anda menekan brek sehingga anda benar-benar bersedia untuk bergerak.
Memandu kereta automatik lebih senang berbanding kereta manual. Anda mempunyai banyak masa utuk memerhatikan keadan jalan dan sebarang bahaya yang akan berlaku.
Anda masih perlu untuk mempelajari cara-cara pemanduan berhemah.
Anda perlu mempelajari papan tanda jalan dan isyarat-isyarat.
Anda tidak perlu meletakkan kedudukan gear pada kedudukan Neutral N sekiranya berhenti di lampu isyarat. Tetapi sekiranya anda berhenti terlalu lama, bolehlah meletakkan gear pada kedudukan Neutral.

Mempelajari teknik dan kaedah untuk memandu kereta transmisi manual tidak dianggap mudah bagi sesetengah orang. Tetapi, dengan latihan dan kesabaran, ia akan menjadi satu kebiasaan.



Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top