Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 PERFUME DAN SOLAT, SAH KE?

Wednesday, December 02, 2009

Assalamualaikum wbr..

Hukum Memakai Minyak Wangi dan Minyak Rambut Beralkohol

ADAKAH SAH SEMBAHYANG DENGAN MINYAK WANGI DAN MINYAK RAMBUT YANG MENGANDUNGI ALCOHOL?


(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu âalaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Islam telah meletakkan kebersihan sebagai kunci bagi sahnya ibadat sembahyang. Oleh karena itu tidak akan diterima sembahyang seorang muslim sehingga badannya bersih, pakaiannya bersih dan tempat yang digunakan pun dalam keadaan bersih. Kebersihan dikira sebagai menentukan sahnya sembahyang seseorang itu, kerana najis yang terdapat pada tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang boleh menyebabkan sembahyangnya tidak sah.

Persoalan alkohol selalu dikaitkan dengan sah atau ketidaksahan sembahyang, kerana itu timbullah keraguan adakah alkohol itu najis? Ini kerana ada sebahagian minyak wangi dan minyak rambut mengandungi alkohol sehingga timbul persoalan, bolehkah minyak wangi atau minyak rambut yang bercampur alkohol dibawa sembahyang?

Pengertian alkohol

Alkohol ialah bahan cecair tanpa warna yang mudah mengewap menjadi gas dan mudah terbakar. Ia boleh dihasilkan melalui dua cara.

i. Penapaian yis karbohidrat (yeast fermentation of carbohydrates)

ii. Sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia (yang bukan daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan binatang) dengan penghidratan etil (hydration of ethylene). (The New Webster’s Encyclopedic Dictionary Of The English Language: 17)

Cara yang pertama di atas merupakan cara bagaimana menghasilkan khamar (arak) atau minuman yang memabukkan.

Kenajisan arak

Menurut jumhur (majoriti) ulama yang terdiri daripada Imam- Imam mazhab
yang empat iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam asy-Syafie˜i, Imam
Ahmad bin Hanbal dan lain-lain ulama rahimahumullah,
arak adalah najis berdasarkan firman Allah Ta'ala:

Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak,
judi, pemujaan berhala dan mengadu nasib dengan batangbatang anak panah
adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan
syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu
berjaya."(Surah al-MÃidah: 90)

Oleh kerana arak itu menurut jumhur ulama adalah najis, maka alkohol yang
terdapat dalam arak itu pun adalah najis juga. Dari itu, mana-mana alkohol
yang dihasilkan atau diambil daripada arak adalah
najis juga hukumnya.

Ini memberi maksud bahawa kenajisan alkohol adalah bertitik tolak dari
sebab kenajisan arak. Dari itu, dapat difahami bahawa alkohol itu bukanlah
semestinya najis jika ia tidak diambil daripada arak,
sebagai contoh tapai yang biasa dimakanpun menurut pakar ada mengandungi
alkohol, namun ia tidak haram dimakan kerana sifatnya yang tidak
memabukkan.

Akan tetapi, jika tapai itu sifatnya memabukkan (sampai ke peringkat boleh
memabukkan), maka memakan tapai itu adalah haram. Adapun alkohol yang
dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran
bahan kimia yang mana sifatnya sangat memudharatkan seperti mana racun, ia
adalah suci seperti sucinya ganja, candu, morfin dan lain-lain yang
memudharatkan di mana tidak ada seorang ulamapun yang
menghukumkannya sebagai najis ainiyyah.

Imam an-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa salah satu najis itu ialah
setiap yang memabukkan dalam bentuk cecair:

Ertinya: Setiap yang memabukkan lagi cair

Imam Ibnu Hajar rahimahullah dalam menghuraikan kata-kata Imam an-Nawawi
rahimahullah di atas berkata:

Ertinya:
(Tiap-tiap yang memabukkan) ialah tiap-tiap yang boleh memabukkan.
Maka termasuk dalam pengertian itu setitik yang memabukkan; dan yang
dikehendaki dengan yang memabukkan di sini ialah apa jua
yang boleh menutup atau menghilangkan upaya akal

Ibnu Hajar rahimahullah menghuraikan lagi:

Ertinya:
(Cecair) itu seperti arak dengan segala jenisnya yang diambil
daripada anggur; dan nira (tuak) yang diambil selain daripada anggur

Dengan ini, dapat disimpulkan bahawa setiap arak mengandungi
alkohol, tetapi tidak semua alkohol berasal daripada arak.

Hukum alkohol daripada arak

Alkohol yang dihasilkan atau diambil daripada arak, meminumnya adalah
jelas haram sebagaimana keterangannya di atas. Adapun menggunakan minyak
wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
diambil daripada arak adalah haram juga, kerana berlumur dengan najis
tanpa ada keperluan yang syarâi adalah haram hukumnya sebagaimana kata
Ibnu Hajar rahimahullah:

Ertinya:
Haram berlumur dengannya (najis) di luar sembahyang pada badan dan
pakaian dengan tiada apa sesuatu hajat (yang syar‘i)

Dengan itu, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang memakai minyak
wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang diambil daripada
arak kerana ia adalah najis.

Hukum alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia

Alkohol sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah haram
meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun.

Bagaimanapun minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang
dihasilkan melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah
harus menggunakannya, kerana ia bukan najis.

Dari itu, adalah sah sembahyang seseorang yang memakai minyak wangi atau
minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik
atau tiruan dari campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.

Perkara yang meragukan hendaklah ditinggalkan Tetapi yang menjadi
persoalan ialah kita tidak dapat mempastikan bahawa alkohol yang
terkandung di dalam sesuatu minyak wangi atau minyak rambut itu,
adakah ia diambil dari sumber yang suci atau najis?

Apabila timbul keraguan seumpama ini, menurut ajaran Islam, perkara
tersebut hendaklah ditinggalkan. Hasan bin Ali radhiallahu anhuma
meriwayatkan bahawa dia telah menghafal daripada Rasulullah
shallallahu alaihi wasallam yang bersabda:

Maksudnya:
"Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi, an-Nasaâi, Ahmad dan ad-Darimi)

Dalam hadis yang lain pula dijelaskan bahawa meninggalkan perkara yang
diragui kehalalan dan keharaman sesuatu perkara adalah menandakan
kesungguhan seseorang itu dalam memelihara agama dan
kehormatannya. Manakala membuat perkara yang masih di dalam kesamaran akan
membawa kepada melakukan perkara yang haram sebagaimana sabda Rasulullah
Shallallahu ˜alaihi wasallam yang diriwayatkan
daripada an-Nuâman bin Basyir radhiallahu anhu:

Maksudnya:
Maka barangsiapa yang menjauhi perkara-perkara yang syubhat, (maka)
dia telah melepaskan bagi agamanya dan kehormatannya (dari kecaman); dan
barangsiapa yang terjatuh di dalam perkara-perkara
yang syubhat (maka) jatuhlah dia ke dalam perkara haram.
(Hadis riwayat Muslim)

Oleh itu jelaslah menggunakan minyak wangi atau minyak rambut yang
mengandungi alkohol yang bersumber daripada arak adalah haram, kerana ia
adalah najis dan tidak sah dibawa sembahyang. Manakala
minyak wangi atau minyak rambut yang mengandungi alkohol yang dihasilkan
melalui sintetik atau tiruan dari campuran bahan kimia adalah diharuskan,
kerana ia bukan najis dan sah dibawa sembahyang.

Walau bagaimanapun apabila timbul keraguan terhadap kedudukan alkohol yang
terdapat dalam minyak wangi atau minyak rambut, sama ada ia diambil
daripada sumber yang najis atau sumber yang suci, menurut
ajaran Islam adalah lebih selamat perkara tersebut ditinggalkan dari
menggunakannya. Tambahan pula di pasaran banyak terdapat minyak wangi atau
minyak rambut yang sama sekali tidak mengandungi alkohol
yang boleh menjadi pilihan kita. WAllahu 'alam.





Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top