Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

6 MENARIK: Punca Doa Tidak Makbul

Saturday, December 12, 2009

Assalamualaikum wbr ...

PUNCA DOA TIDAK DIMAKBULKAN ALLAH SWT


Tidak diterima doa seseorang hamba Allah, kemungkinan disebabkan oleh beberapa hal sebagai berikut :

1. Berdoa dengan cara yang tidak sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Nabi Muhammad bersabda :

- " Barangsiapa yang mengada-ngadakan dalam suatu urusan (agama), maka ia tertolak."
- " Barangsiapa beramal dengan suatu amalan, yang tidak kami perintahkan, maka ia itu tertolak."

2. Berdoa dengan tidak memenuhi syarat - syarat tidak diterima doanya (lihat tatacara/adab-adab berdoa)

3. Berdoa tetapi tidak menghindari dari makanan/ minuman haram atau bercampur dengan hal-hal/barang-barang yang haram.

4. Secara khusus penyebab tidak diterimanya doa yakni doa yang tidak diiringi dengan melaksanakan segala perintah Allah SWT serta menjauhi segala larangannya, padahal Allah SWT berfirman di dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 186 "bahawa Allah SWT akan mengkabulkan permohonan hamba-Nya yang berdoa apabila ia juga sentiasa beribadah kepada-Nya serta melaksanakan segala perintah-Nya, baik dalam keadaan suka mahupun duka .

" Oleh kerana itu, sebab-sebab tertolaknya doa tersebut menurut seorang ulama' terkemuka pada abad VII H. (Ibrahim bin Adham), secara terperinci dapat diidentifikasikan 10 macam, yakni : -

* Kamu mengaku mengenal Allah, tetapi hak-hak-Nya tidak kamu penuhi (Hak Allah adalah disembah, menyembah Allah bererti mentaati seluruh perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

* Kamu membaca Al Quran, tetapi isinya tidak kamu amalkan.

* Kamu mengaku mencintai Rasulullah, tetapi sunnahnya tidak kamu amalkan.

* Kamu mengaku bahawa syaitan itu adalah musuhmu, tetapi kamu patuh kepadanya.

* Kamu berdoa untuk melepaskan diri dari seksa neraka, tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu berbuat dosa.

* Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga, tetapi kamu tidak beramal untuknya.

* Kamu katakan kematian itu pasti datang, tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

* Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu, tetapi kamu tidak melihat aibmu sendiri.

* Kamu makan nikmat Tuhanmu tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.

* Kamu kuburkan orang-orang yang meninggal dunia, tetapi kamu tidak mengambil pelajaran dari peristiwa tersebut.

5. Pada prinsipnya doa kita akan dikabulkan oleh Allah SWT apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuan-ketentuannya sebagaimana diperintah Allah SWT serta yang dicontohkan Rasullah SAW. Namun demikian, walaupun kita sudah melakukan tatacara berdoa yang benar, ternyata hal-hal yang kita inginkan seringkali tidak menjadi kenyataan. Sebagai orang yang beriman kita harus yakin bahawa hal-hal yang dianggap baik oleh kita belum tentu baik pula menurut Allah SWT. Oleh kerana itu pengabulan doa ini ada beberapa kemungkinan : -

* Dikabulkan sesuai dengan permintaan dan doa kita.
* Diberikan hal-hal yang serupa dengan apa yang diminta dalam doa kita.
* Dihindarkan dia dari suatu bencana yang akan menimpa.
* Diampuni dosa-dosanya sebagai pahala dari doa.
* Ditunda pengabulannya, kerana tidak baik bagi yang berdoa.

6. Hal ini sesuai dengan sabda Rasullah : "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas dari salah satu di antara tiga hal adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaan), adakalanya ditunda penggabulannya." (H.R. Dailami)


Related Posts by Categories



6 komen

rin0x_adz said...

patutlah doa kite jarang makbul..

December 12, 2009 at 11:08 PM
eb! said...

insyaallah...semoga doa kita makbul selepas ini...amin

December 13, 2009 at 12:09 AM

salam,saya ingin komen sikit tentang blog awk.
blog yg menarik tetapi agak berat loading,kurangkan html dan apa yg patut.
dan twitter user name n paswod betul2 menggangu orang. bagi yg xde twitter,tak kan nak isi,dia asik kuar walaupun dah cancel byk kali. saya tulis komen ni pun dh brapa kali dia kuar dan kne cancel. leceh tapi sy bersabar..dan mengharapkan blog ni terus maju. ini juga akan beri kesan pada traffic blog menurun sebab lambat loading dan leceh. itu je.time kasih berkongsi.

December 13, 2009 at 12:36 AM
eb! said...

salam..terima kasih sbb sudi komen, komen anda amat saya hargai..baiklah, Eb! akan cuba perbaiki performance blog ini..pastikan cik fatimah teruskan membaca entri di blog ini ye ^-^

December 13, 2009 at 12:41 AM
pahlawan angkasa raya said...

assalamualaikum...ana nak tanya sikit ye...kalau kita teraniaya dan kita berdoa untuk memohon tuhan beri bencana kepada orang yang menganiaya kita adakah doa itu makbul?

July 14, 2011 at 4:01 PM

Pahlawan angkasa raya:
Waalaikumsalam...pada pendapat saya, sebagai seorang Islam, kita mesti kembali kepada perkara asas siapa diri kita dan bagaimana kita boleh dilahirkan di muka bumi ini. Segala perkara yang berlaku ke atas muka bumi ini, kita telah dicuba dengan pelbagai ujian termasuk kita menjadi mangsa permainan manusia lain atau kita teraniaya oleh perbuatan manusia yang lain.

Berdasarkan persoalan yg diajukan oleh anda, adakah doa kita utk menurunkan bala kepada orang yg menganiaya kita akan makbul?

Apa yang boleh saya katakan di sini, pernahkah kita mendengar kisah Rasulullah SAW yang lebih banyak mendapat ujian Allah, ditentang musuh, dan Baginda akan berdoa yang tidak baik kepada musuh Baginda? Tidak kan!

Oleh itu, saya faham, kita sebagai manusia biasa memang tidak sempurna, apa yang boleh saya rumuskan di sini, sebagai hamba Allah yang naif dan lemah, kita hendaklah berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk kepada golongan yang menganiaya kita kerana mereka juga lahir di muka bumi ini kerana Allah jua.

Maka, bersabarlah, memang mulut berkata doakan yang tidak baik kepada orang yang menganiaya kita, tetapi yang hanya layak menghukum mereka, bila dan di mana, hanya Allah sahaja.

July 18, 2011 at 9:07 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top