Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 MENARIK: Punca Anak Derhaka

Wednesday, December 16, 2009

Assalamualaikum wbr ...

PUNCA ANAK DERHAKA


KENAPA ANAK-ANAK MENJADI DEGIL?

Ada beberapa faktor yang menjadi penyebab mengapa anak-anak kita bersifat
degil atau lebih dahsyat lagi derhaka. Faktor-faktor ini adalah akibat
kegagalan ibu bapa menunaikan amanah Allah SWT dalam membentuk
keperibadian anak.


Faktor Pertama : BALASAN

Sebenarnya resiko yang kita terima sekarang ini adalah balasan kepada sikap
dan sifat kita terhadap ibu bapa kita semasa kita kecil dahulu. Sudah tentu
ibu bapa kita semasa kecilnya juga bersifat seperti kita (degil/derhaka).
Kesalahan ini kait mengait antara kita dan ibu bapa kita sebagai balasan
Allah SWT. Ini ditambah dengan keingkaran anak menurut kata, juga kesalahan
ibu bapa tidak melaksanakan tanggung jawab (amanah Allah SWT) mendidik anak
mengikut kehendak Allah SWT. Jadi kesalahan anak ialah kerana gagal berbuat
baik kepada ibu bapa, manakala ibu bapa pula gagal membentuk mereka menjadi
anak yang mengikut kebaikan.

Anak-anak sepatutnya berbuat baik kepada ibu bapa seperti mana ibu bapa
berbuat baik kepada mereka, mudah-mudahan anak-anak mereka (cucu-cicit)
nanti berbuat baik kepada mereka sebagai balasan kepada perbuatan baik
mereka. Kalau sebaliknya maka sebaliknyalah pula yang bakal kita terima.
Ini jelas disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud : "Berbuat
baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat
baik kepada kamu".

Berbuat baik di sini meliputi segala aspek kehidupan dan juga tuntutan agama
Islam itu sendiri. Ini bermakna tidak timbul anak derhaka akibat (balasan)
dari ibu bapa yang derhaka kepada ibu bapa mereka dahulu, seandainya masing
-masing mahu berbuat baik.

Faktor Kedua : KECUAIAN/KEGAGALAN MENDIDIK

Anak kita menjadi degil atau derhaka adalah disebabkan oleh kecuaian atau
kegagalan kita sebagai ibu bapa mendidik mereka mengikut lunas-lunas yang
disarankan oleh agama. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat (sembahyang) ketika mereka berumur
tujuh tahun dan pukullah mereka (jika enggan) ketika mereka berumur sepuluh
tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (dari ibu bapa dan juga dari adik
beradik mereka yang berlainan jenis/jentina).

Rasulullah SAW menegaskan betapa peri pentingnya ibadat solat didirikan,
sehingga Baginda menyuruh kita mengarahkan anak-anak kita melakukan solat
itu semasa mereka baru berumur tujuh tahun. Suruhan itu begitu tegas sekali
apabila Baginda menyuruh kita menggunakan rotan tatkala anak yang berumur
sepuluh tahun enggan mendirikannya.

SOLAT/SEMBAHYANG?

Kenapa solat atau sembahyang pula dikaitkan dengan agenda mentarbiah
generasi berilmu dan berakhlak ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat?

Sebagai menjawab pertanyaan ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Solat/sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya
ia telah mendirikan agamanya, sesiapa yang meninggalkannya sesungguhnya ia
meruntuhkan agama".

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-'Ankabuut ayat : 45 yang
bermaksud :

"Bahawa sesungguhnya sembahyang itu (boleh) mencegah (orang yang
mendirikannya)dari (melakukan) perkara yang keji dan mungkar (jahat)".

Kedua-dua NAS yang tersebut sudah cukup untuk membuktikan betapa solat atau
sembahyang itu satu perkara yang amat penting dalam arus pendidikan anak-
anak ke arah melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah, pewaris
kecemerlangandunia dan akhirat. Kerana orang yang taat melaksanakan solat
itu sentiasa berada dalam peliharaan Allah SWT. Terpelihara dari dosa,
maksiat dan kemungkaran. Bahkan mereka sentiasa berada di bawah pimpinan
Allah SWT kepada sifat taat, taat kepada ibu bapa, guru, juga kepada Allah
SWT dan RasulNya SAW, serta sifat-sifat terpuji seperti sabar, rajin, tekun
dan sebagainya.

ROTAN/PUKUL-DERA?

Menggunakan rotan dalam kaedah pendidikan Islam adalah satu cara psikologi
yang paling berkesan yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW seperti hadis yang
baru kita ikuti tadi, dan disokong oleh sebuah hadis lagi yang bermaksud :
"Allah SWT memberkati rumah yang di dalamnya ada digantung rotan".

Rotan bukan digunakan untuk mendera anak, tetapi fungsinya yang sebenar
ialah untuk tujuan pendidikan. Kalau kita memukul anak yang enggan mendirikan sembahyang sedang ia telah berumur sepuluh tahun, apatah lagi yang telah
'Aqil Baligh mestilah dengan cara dan kaedah yang betul yang benar-benar
bertujuan untuk mendidik, bukan mendera atau menyeksa anak.

Perbuatan merotan yang didorong oleh niat yang ikhlas kerana menjalankan
perintah Rasulallah SAW itu boleh menghalau syaitan yang bersarang dalam jiwa anak-anak kita. Tetapi merotan anak dengan sesuka hati dan tujuan mendera,
hanya akan menyebabkan anak kita menjadi konco-konco syaitan yang
menanamkan sifat dendam, benci, marah dan sebagainya.

IBUBAPA DAN ROTAN

Kalau kita di rumah tidakpun merotan anak kita yang layak dirotan, di luar
rumah kita tidak dapat pastikan bahawa anak kita tidak menerima hukuman kepada kesalahan yang dilakukannya. Guru disiplin dan guru besar atau pengetua
kini diberi lesen untuk menggunakan rotan. Lagipun yang mana lebih baik,
di rumah kita gunakan rotan dan diluar anak kita menjadi manusia baik, atau
kita tak pernah merotan anak hingga anak kita jadi pelesit lalu ditangkap
oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara kerana kesalahan jenayah dan sebagainya.

Anak yang tidak pernah dirotan oleh ibu bapa akan menganggap diri mereka
anak manja atau anak emas. Anak yang merasa diri mereka raja di dalam rumah akan menampakkan sikap yang degil seterusnya membawa kepada derhaka.

Namun demikian kita harus menggunakan rotan dengan cara yang berpatutan,
bersesuaian dengan tujuan sebenar untuk memberi pendidikan. Kerana kalau
tersilap langkah maka lain pula jadinya. Dalam hal ini kita jangan menjadi
bapa ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan dirinya sendiri
berjalan mengiring/mereng. Ini bermakna kita kenalah mempraktikkan pendidikan
lisanul hal (amali/praktik), supaya anak-anak akan menjadikan kita sebagai
'role model' kepada diri mereka.

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top