Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 MENARIK: Cara Segera Hadapi Stress!

Thursday, December 10, 2009

Assalamualaikum wbr ....

Cara Segera Nak Hadapi Stress?

Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.

Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.

Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?

Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :

1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku
dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah
aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam
minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung
oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar
aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan
tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat
yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.

Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada
sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi
memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'

Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam
bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka. Inilah
kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah
anda fikirkan.

Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan
perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada
diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu
yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak
semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan
menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan
pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.

Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top