Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 MENARIK: Apakah Azam Tahun Baru Anda?

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum wbr ...

APAKAH AZAM TAHUN BARU ANDA SEMPENA MAAL HIJRAH 1431

Saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan Selamat Tahun
Baru Islam (Awal Muharram 1431) kepada semua umat Islam di luar sana.
Sempenatahun baru ini, tentu anda ingin mengetahui serba sedikit tentang
Hari Awal Muharram.


Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting
bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam
sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah
ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari
pertama Takwim Hijrah.

Jom, kongsi dengan saya, apa azam tahun baru anda di luar sane?

DIANTARA AMALAN YG DISUNATKAN DLM BULAN MUHARAM :

1. Berpuasa.

Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya
seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu
hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Semoga tahun baru ini membawa keberkatan pada diri kita semua dan umat Islam
sedunia, serta kita sebagai umat Islam akan menyambung hijrah serta pengorbanan Rasulullah SAW...

Semoga kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, insyaallah...

Amin...

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top