Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

4 MENARIK: Apa Kata Irfan Khairi?

Friday, December 18, 2009

Assalamualaikum wbr ...

Jutawan Internet Malaysia
Bisnet Internet Berjaya Seperti Irfan Khairi



Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau telah menjadi jutawan pada umur 25 tahun! Satu pencapaian yang amat membanggakan. Bagaimana beliau menjadi jutawan internet? Jika ingin tahu jawapannya, hadirilah seminar beliau yang telah membuka peluang baru di dalam perniagaan internet.

Pesanan Irfan Khairi
=====================================
TIP-TIP PILIHAN: Fikirkan tak Boleh?
=====================================

Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai
memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri - perasaan fikirkan
tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri
bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap
kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda
menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah
dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun
tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa
yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di
mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan
ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan
bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap
kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran
dalaman anda yang sering mengatakan "tidak boleh" kepada "Saya
Boleh! Saya Boleh".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan
walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan
megucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap
dalam hati sahaja...

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti
saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak
Boleh" - Irfan Khairi

Jadi, apa pula kata u all bout this article? Saya teringin sangat
ingin menjadi seperti Dr. Irfan Khairi, insyaallah! Doakanlah kejayaan
saya eh, amin...Kalau sokong saya, silalah komen di sini ye....


Sekian!

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.


Related Posts by Categories



4 komen

anys said...

saya doakan awk dapat jadik jutawan...amin..
hehe...
sy pon teringin gak..keke

December 18, 2009 at 8:22 PM
eb! said...

amin..tm ksh anys, semoga kita jadi jutawan satu ari nanti, dgn syarat sumber kita halal...

December 18, 2009 at 9:04 PM
xyncaholic said...

gud luc for final level k..heheh..

December 19, 2009 at 10:44 PM
eb! said...

haha..ntahler...sj suke2 je, tak target menang pun...hihihiih...thanx eh support^^

December 19, 2009 at 11:32 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top