Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

2 MENARIK: Adab-adab Berdoa

Saturday, December 12, 2009

Assalamualaikum wbr ...

Adab Berdoa


Mengapa berdoa mempunyai adab seperti adab makan dan sebagainya? Adakah pembaca di luar sana mempunyai adab tertentu sewaktu berdoa. Entri kali ini berkaitan adab doa yang juga amat penting untuk diketahui dan diamalkan oleh umum.

Antara adab-adab berdoa ialah:

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang
kotoran, hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca “Bismillah” dan ucapan memuji-muji Allah
serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan
diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami
segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan suara.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu
sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doa sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat
yang lebih berat atau yang lebih diutamankan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama
ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk
kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah
meninggal dunia.

Wallahua'lam...


****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



2 komen

Dak Wan said...

Menarik artikel nie. Tqs sebab bawanya ke umum.Saya retweet.

December 12, 2009 at 6:58 PM
eb! said...

Terima kasih Dak Wan...
Diharap entri ini dapat memberi info yg berguna kepada semua pembaca di luar sane
Dah retweet ke?
Thanx eh ^-^

December 12, 2009 at 9:20 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top