Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

5 MENARIK: 20 Perkara Wanita Benci Lelaki

Tuesday, December 22, 2009



20 PERKARA WANITA BENCI LELAKI



Antara 20 perkara wanita benci lelaki (mengikut pengalaman):

1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan
lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak
bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa
mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun
sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah
kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan.
Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula
sekiranya aktiviti-aktivitimereka di soal siasat oleh kekasih mereka...
macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan
dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan
keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan
si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan
mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi
biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan
yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku
solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati
mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak
-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi,
mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka
ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk
dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa
mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan
mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan!
Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian
tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan
dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita
sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar
pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang
wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan
memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat
cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat,
bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman
lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak
nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'.
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita
sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa
cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni
selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar
bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani
kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak
pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur
segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun
sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak
terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang
lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini,
naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak
rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini
tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga
pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya
apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka
juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!!
Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak
memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas
melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar
cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada
lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun
menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan
tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,
alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-
sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima
kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata
sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa
asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari
kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda,
perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si
dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem.
Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati
dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita
sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri
anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang
disangkakan, tak guna juga!



Related Posts by Categories



5 komen

mmg betul..tepat..takder 1 pun yg salah..haha..

December 22, 2009 at 1:26 AM
eb! said...

yeke..kebetulan kot..sebab smua kat atas tu mmg based on experience....;))

December 22, 2009 at 7:04 PM
- - myazara - - said...

hehe ramai kata tepat sebab semua di atas adalah berdasarkan pengalaman yang tidak dapat dicari dalam mana-mana buku tanpa ada orang mengalaminya dahulu =) terima kasih

December 27, 2010 at 9:35 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top