Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

4 Masalah Sosial Remaja Semakin Teruk!

Wednesday, December 09, 2009

Assalamualaikum wbr ....

Masalah Sosial Remaja Di Malaysia


Hari ini kita dapat melihat pelbagai ragam dan masalah remaja yang timbul tidak kira di media cetak atau elektronik. Remaja berusia 18 tahun membunuh, meragut, merogol, melibatkan diri sebagai pelacur dan sebagainya. Eb! sangat bimbang generasi akan datang di mana bilangan remaja yang berkualiti, sihat minda dan fizikal semakin pupus! Sebabnya....Anda percaya anak-anak anda baik belaka semuanya? Lihat gambar di bawah!




Anak-anak zaman kini semakin bijak dari segi penggunaan gadget dan teknologi seperti komputer, telefon bimbit, internet dan sebagainya. Apabila teknologi menguasai dunia tanpa batasan, maka anak-anak ini mudah mendapat apa sahaja pengetahuan atau ilmu hanya dengan satu klik sahaja di internet.

Adakah ibubapa tahu, anak-anak mereka yang baru berusia 12 tahun sebagai contoh, memberikan aksi seksi di myspace, facebook ataupun friendster? Di manakah terletaknya segan silu pada anak-anak remaja zaman kini? Mereka tidak tahukan aurat? Mereka tidak takutkah Allah SWT? Mereka tidak takutkah Mati? Bagaimana mereka nak takut, kerana ilmu yang dipelajari di sekolah adalah akademik semata untuk lulus peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Siapakah yang bertanggungjawab untuk memupuk nilai-nilai insaniah dalam diri anak-anak remaja. Sebab itu, bak kata pepatah Melayu, "Melentur Buluh, Biarlah Dari Rebungnya". Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi atau masih di dalam kandungan ibu lagi.

Ibubapa tidak tahu kegiatan anak-anak di luar, malah ibubapa tidak ada masa untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak mereka terutamanya remaja. Tidak kira samada remaja itu berasal daripada keluarga senang, sederhana, miskin, atau ape sekalipun, mereka ini sudah pandai berjinak-jinak ke arah kegiatan sosial yang tidak baik.


Ibubapa hanya percaya bahawa anak-anak remaja mereka setelah pulang dari sekolah, tuisyen atau habis aktiviti ko-kurikulum, akan terus duduk lepak di rumah. Sedangkan ibubapa tidak tahu, apakah sebenarnya kegiatan anak-anak mereka. Anak-anak mereka sangatlah manja, kerana bila ditegur sedikit, pantang akan marah!

Jadi, bila anak-anak remaja ini dimarahi cikgu atau pensyarah kerana tidak menghadiri kelas selama satu semester pun, ibubapa tidak salahkan anak mereka serta-merta. Ibubapa pasti akan salahkan cikgu atau pensyarah. Mana sebenarnya tanggungjawab ibubapa? Mereka fikir, bila hantar anak ke sekolah, dah bagi makan, bagi duit belanja sekolah, hantar anak ke nurseri, tanggungjawab mereka selesai!

Tetapi, masalah utama adalah, adakah anak-anak remaja yang semakin berkembang otak dan akal fikiran ini telah mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya? Dimanakah ilmu insaniah daripada ibubapa untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak?


Tidak hairanlah pada zaman kini, anak-anak remaja semakin 'kurang ajar', tidak menghormati orang yang lebih tua, dan cakap mulut mereka sesuka hati tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling?

Jadi, salah siapa dan siapa yang mesti bertanggungjawab ke atas masalah sosial ini? Cepatlah bertindak, bukan duduk dan tengok sahaja, sebelum terlambat...


Wallahua'lam..



Related Posts by Categories



4 komen

icelemon said...

dan sebenar masalah sosial remaja banyak berpunca dari pengaruh rakan2....
dan rasa ingin mencuba..
kena tingkat kan kawalan dgn cara yg profesional..
ibu bapa perlu luang kan masa dgn anak2..
jgn terlalu bz dgn kerja.
ibu bapa klu melebih kan masa dgn kerja maka anak akan ambil peluang untuk buat aktiviti yg tak berfaedah di sebab kan rasa ingin mencuba itu...

December 10, 2009 at 3:59 PM
eb! said...

saya setuju dgn icelemon...
anak-anak remaja ingin mencuba sesuatu yang baru,
yg mcabar mereka...
oleh itu, ibubapa yang paling rapat dgn mereka mesti membimbing anak-anak mereka dgn cara yang baik kerana ibubapa tahu apa yg baik dan tidak...
ibubapa yg boleh mengawal aktiviti anak-anak secara baik supaya tidak dipengaruhi oleh kawan-kawan...contoh dengan cara memberi nasihat kpd anak-anak, bercuti bersama sambil belajar, mesyuarat keluarga dan sebagainya....

December 11, 2009 at 1:32 AM
ArchorLover said...

hmm melentur buluh, biarlah dr rebungya.
Setelah melangkah usia matang (18 tahun ke atas) tp tak semestinya matang fikirannya.

Mereka memutuskan utk mmbuat haluan sendri, they have to decide which kind of lifestyle or way to walk on. Wrong choice can lead to many problems.
While, right choice can lead them live with iman.

wallahualam...

December 11, 2009 at 11:20 AM
eb! said...

yup...melentur buluh biarlah dari rebungnye..
hidup remaja penuh cabaran kerana mereka baru nak mengenal dunia..jadi ibubapa mesti ready to face any kemungkinan utk menjadikan anak mereka anak yang baik, insyaallah...

December 11, 2009 at 12:20 PM
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top