Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 MENARIK: Masa Terbaik Berdoa Kepada Allah

Saturday, December 12, 2009

Assalamualaikum wbr ...

MASA MUSTAJAB ATAU PALING BAIK BERDOA


1. Pada hari itu Allah menjadikan Adam A.S

2. Pada hari itu Allah menurunkan Adam A.S ke bumi

3. Pada hari itu wafatnya Nabi Adam A.S

4. Pada hari itu ada saat mustajab, tiada seorang pun yang berdoa saat itu,
melainkan Allah pasti memberinya, selama tidak meminta yang haram.

5. Pada hari itu akan berlakunya Kiamat dan tiada Malaikat Muqarrab
di langit atau bumi melainkan ia merasa khuatir (sayang) dari hari Jumaat.

Waktu - Waktu Istijabah (saat-saat terbaik untuk berdoa)

1. Sesudah solat lima waktu.
2. Ketika i’tidal yang terakhir dalam solat.
3. Ketika sujud, terutamanya dalam sujud yang terakhir.
4. Ketika azan dilaungkan untuk solat.
5. Antara azan dan iqamat.
6. Pada larut malam, terutama sepertiga malam yang terakhir.
7. Pada waktu sahur (sebelum fajar).
8. Sepanjang malam Jumaat dan hari Jumaat.
9. Sesudah Asar menjelang Maghrib pada hari Jumaat.
10. Ketika khatib duduk di atas mimbar sesudah khutbah yang pertama.
11. Sesudah iman membaca “Waladh-dhaaalliin”
12. Setelah khatam Al Quran.
13. Ketika kaum Muslimin berkumpul dalam sebuah majlis.
14. Sesudah pengajian di Majlis Ta’lim atau majlis syarahan.
15. Sepanjang bulan Ramadhan.
16. Pada Malam LailatulQadar.
17. Ketika wuquf di Arafah.
18. Ketika mengerjakan Tawaf.
19. Ketika mengerjakan Saie.
20. Ketika minum air zam-zam.
21. Sesudah memgambil wuduk.
22. Ketika hujan turun amat lebat.
23. Ketika mengunjungi orang sakit.
24. Ketika menutup mata mayat.
25. Ketika berbaris menuju medan perang.
26. Ketika pertempuran di medan perang.

Waktu Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Waktu sahur
2. Waktu selepas azan
3. Waktu 1/3 malam
4. Waktu hujan lebat
5. Waktu melihat Kaabah
6. Waktu tawaf dan sa’ei
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang
8. Waktu setiap kali lepas membaca Al Quran
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa
10. Waktu di antara dua khutbah Jumaat
11. Waktu di antara iqamah dan sembahyang
12. Waktu berkumpul dalam masjid ilmu atau majlis zikir
13. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan
14. Waktu meminum air zam-zam.

Hari - Hari Yang Terbaik Untuk Berdoa


1. Malam Jumaat dan waktu siangnya.
2. Malam Hari Raya dan waktu siangnya.
3. Malam Lailatul Qadar.
4. Malam Israk dan Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.

Bulan - Bulan Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Bulan Rejab
2. Bulan Syaaban
3. Bulan Ramadhan
4. Bulan Zulhijjah ( Bulan Haji )

Tempat - Tempat Yang Terbaik Untuk Berdoa

1. Di rumah sendiri.
2. Di Multazam, Masjidil Haram.
3. Di Telaga zam-zam, Masjidil Haram.
4. Di makam Nabi Ibrahim A.S
5. Dalam Hijr Nabi Ismail A.S
6. Di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
7. Di raudhah Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi.
8. Di tempat-tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.
9. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Ka’abah atau disisinya.
10. Di tempat-tempat wajib haji seperti di Mina, Mudzalifah Arafah dan
Di tiga Jamrah.

Semoga entri ini dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam di luar sana, Insyaallah.

Wallahua'lam..

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top