Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 NAK BELAJAR BAWAK KERETA MANUAL!

Thursday, December 03, 2009

Assalamualaikum wbr..

Transmisi Manual


Kita sudah belajar membawa kereta auto, mari belajar teknik kereta transmisi manual pula. Jom!

Langkah-langkah

1. Terdapat 3 pedal pada kereta transmisi manual. Dari kiri, klac, brek dan minyak.

2. Perhatikan pada tombol gear, kebanyakan kereta yang baru mempunyai tiga H, gear
satu, tiga dan lima berada diatas. Manakala gear dua, empat dan gear undur berada
di bawah. Di tengah garis H ialah neutral.

3. Pastikan brek tangan dalam keadan tidak diturunkan dan kereta berada diatas jalan
yang rata.

4. Tekan pedal klac kebawah dan gerak gear ke posisi neutral.

5. Hidupkan enjin.

6. Gerakkan gear ke gear satu sambil kaki menekan klac.

7. Gunakan brek kai dan lepaskan brek tangan.

8. Lepaskan brek kaki apabila ingin bergerak.

9. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan. Apabila anda mendengar bunyi enjin menjadi
semakin perlahan, perlahan-lahan tekan pedal minyak sambil melepaskan pedal klac.
Kereta akan mula bergerak kehadapan.

10. Pecut perlahan-lahan sehingga kereta mencecah 3000 rpm, lepaskan pedal minyak
sambil menekan pedal klac dan tukar gear ke gear dua. Pastikan gear masuk dengan
kemas.

11. Lepaskan pedal klac perlahan-lahan smbil menekan pedal minyak.

12. Ulang proses pertukaran gear ini pada 3000 rpm sehingga anda memandu pada kelajuan
yang diinginkan.

13. Lepaskan pedal minyak perlahan-lahan apabila ingin mengurangkan kelajuan.Tekan
pedal klac perlahan-lahan dan tukar ke gear lebih rendah. Apabila berada di gear
rendah lepaskan klac perlahan-lahan dan tekan brek.

14. Berhentikan kereta dengan menurunkan gear ke gear dua. Gunakan klac sebaik sahaja
kereta ingin berhenti.

15. Gunakan langkah yang sama seperti diatas untuk mengundurkan kereta.

So, adik-adik di luar sana yang tak ada lesen, jangan berani cuba tanpa izin mak ayah korang tau!

Semoga Berjaya!


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top