Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 KAWAN MAKAN KAWAN

Tuesday, December 08, 2009

Assalamualaikum wbr....
Kenapa Kawan Suka Makan Kawan?

Mengapa manusia yang bergelar kawan suka makan kawan sendiri? Mereka jeles ke sampai kawan tu langsung tiada kawan lain. Kita baca di bawah....


'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”
(H.R al-Hakim)

Kawan baik


Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg paling banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk

Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang.

Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya. Bukan mencari kawan yang ingin menumpang glamour dan senang kita sahaja.

Ini kerana terlalu ramai kawan-kawan di sekeliling kita baik di hadapan kita tetapi di belakang kita, Allah SWT sahaja yang tahu...Akhirnya kawan kita itu keseorangan dan kawan-kawan yang lain gembira melihat keadaan kawan kita yang keseorangan dan kesedihan itu...

Wallahua'lam....


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top