Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hukum Lelaki Berambut Panjang

Monday, December 14, 2009

Assalamualaikum wbr ...

Hukum Lelaki Rambut Panjang

Kaum adam di luar sana, anda ingin menyimpan rambut panjang, kenalah
baca entri ini sebagai panduan. Kemudian, u all boleh buat keputusan ok?


Ada orang bertanya tentang hukum berambut panjang bagi orang lelaki. Bagi menjawabnya, dinyatakan seperti berikut;

Melihat kepada hadis-hadis, didapati rambut Nabi SAW ada beberapa keadaan, iaitu;

1- memanjangkan rambut sehingga sampai tahap cuping telinga.

Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم له شعر يبلغ شحمة أذنيه

Maksudnya;

“Nabi SAW mempunyai rambut sehingga mencecah cuping dua telinganya”

2- Panjang rambut nabi sehingga tahap diantara bahu dan telinganya

Anas bin Malik berkata;

كان شعر رسول الله صلى الله عليه وسلم بين أذنيه وعاتقه

Maksudnya;
“Rambut Nabi SAW panjang sehingga sampai tahap antara dua telinganya daripada bahunya”

3- Panjang mencecah bahu

Anas bin Malik meriwayatkan;

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يضرب شعرُه منكبيه

Maksudnya;

“Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya”

Dari hadis-hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad
SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang.

Walaupun begitu, untuk berambut panjang, hendaklah diperhatikan perkara-perkara berikut;

1- hendaklah tidak menyerupai perempuan.
2- tidak menyerupai orang kafir.
3- sentiasa menjaga kebersihan dan disikat rambut itu.

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.

Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top