Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Hikmah Air Sembahyang (Wudhuk)

Thursday, December 10, 2009

Assalamualaikum wbr ....

AIR SEMBAHYANG (WUDHUK)


1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini'.

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini'.

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini'.

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, 'Ya Allah, janganlah
Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini'.

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,'Ya Allah,
lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu'.

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal
di atas kepala..


6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,'Ya Allah, ampunilah
dosa telinga ku ini'

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah
dan lain-lain.


7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan.'Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim'.

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,'Ya, Allah,
bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat'

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. Ramai
di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut
dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu..Masih belum terlambat lagi untuk kita berubah
ke arah kebenaran kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Wallahua'lam...

****Nota:
Jangan lupa vote Eb! dengan memberi komen di sini.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top