Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

1 Ceria: Tak Semestinya Menang Setiap Masa

Friday, December 25, 2009



PETUA UNTUK SENTIASA CERIA
Oleh: Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah


Semalam, saya telah membeli beberapa buah buku dan di antaranya bertajuk "Petua Untuk Sentiasa Ceria" oleh Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah. Seronok semasa membaca buku tu, and kalau kawan-kawan jumpa buku tu, beli tak rugi pun.

Semua orang nak CERIA yang melambangkan kesegaran, positif, produktif, kejayaan, harmoni, damai dan kreatif. CERIA adalah anugerah ALLAH SWT kepada hambanya yang terpilih. Tetapi, yang lain perlu bekerja sedikit untuk memiliki sifat CERIA.

CERIA berpunca dari hati. Hati yang tenang memancarkan nur cahaya ketenangan di muka, anggota badan dan panca indera. "Mengapa aku tidak CERIA??". Hanya IMAN yang layak menjadi kayu pengukur sekiranya keceriaan tidak terkawal dan melampaui batas akhlak, moral dan agama.

CERIA itu bukan kebebasan untuk meluahkan perasaan dan naluri tetapi CERIA ialah suasan hidup meriah yang bertapak di atas landasan syariat.


Jom kita lihat serba sedikit info di dalam buku tersebut, tapi kalau nak tau lebih, kenalah beli buku ni eh!

Punca Tidak Ceria

1. Tidak mendapat Hidayah-Nya

2. Jahil banyak perkara

3. Bodoh sombong

4. Hati Kotor

5. Tidak mengamalkan Ilmu

6. Tidak Istiqamah

7. Tidak bersatu hati

8. Tidak Berdoa

9. Tidak Bersyukur

10. Perspektif yang silap

11. Suasana yang Negatif

12. Gagal melihat sesuatu secara Objektif

Petua Sentiasa Ceria

1. Patuh perintah Allah

2. Berdoa untuk CERIA

3. Memaafkan semua orang sebelum tidur

4. Programkan minda sebelum tidur

5. Senyum dan berdoa selepas bangun tidur

6. Memakai warna yang sesuai

7. Memilih butang-butang ceria

8. Membuat kerja sebaik mungkin (bukan ala kadar atau asal siap je)

9. Menggembirakan orang lain

10. Menjaga kesihatan

11. Mencari strategi untuk ceria

12. Masalah itu..BUKAN masalah sangat!

13. TIDAK SEMESTINYA MENANG SETIAP MASA

14. Selaraskan matlamat

15. Perbandingan betul

16. Memupuk persahabatan

17. Menerima diri seadanya tanpa syarat

18. Buka minda untuk maklumat baru

19. "Betapa penting kamu bagiku..."

20. Tekaan positif jika tidak pasti

21. Rutin harian yang fleksibel

22. JANGAN CAKAP SAJA, BUAT!

Menarikkan tak? So, rugi tak beli buku ni "Petua Untuk Sentiasa CERIA."


Tapi saya nak kongsi tips lain untuk ceria agar pembaca dapat membuat kesimpulan sedikit selepas membaca entri ini.

Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

# Niat di hati

Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”

# Ubah pernafasan.

Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.

# Ubah postur badan dan gaya berjalan

Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.

# Menyanyi kecil

Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.

# Banyakkan istighfar dan zikir

Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.

Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk.

Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.

Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai kerja untuk mencari rezeki, punya pendapatan di akhir bulan dan seumpamanya.

Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat.

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.

2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.

Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling.

Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.

3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.

Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.

4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.

5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.

Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Salam Ceria^-^


Related Posts by Categories



1 comment

HAZWAN17 said...
:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top