Untuk paparan terbaik, sila layari menggunakan Mozilla Firefox, Google Chrome atau Safari

0 Awak Suka Caci Hina Kutuk? Baca Ni...

Tuesday, December 08, 2009

Assalamualaikum wbr..

MENGAPA SUKA CACI HINA?


Di dalam sebuah hadith yang sohih, Baginda Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: "Setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain, diharamkan
darahnya (yakni tidak boleh membunuhnya) , hartanya (tidak boleh dirampas)
dan kehormatannya (tidak boleh dicaci hina)".

Justeru itu, Islam sebagai agama kemulian, agama perdamaian dan agama
perpaduan melarang keras umatnya daripada perbuatan menyakiti kaum
muslimin yang lain dengan sebarang perilaku buruk dan cabul, atau dengan kata
bicara yang lojik dan menghina, lebih-lebih lagi Islam melarang umatnya
mengutuk, maki hamun, mencerca dan mengeluarkan kata-kata mencarut
terhadap orang lain. Semua perilaku tersebut adalah termasuk di dalam kategori
dosa-dosa besar yang dibenci oleh agama Islam maha suci. Kerana ianya
tidak menawarkan apa-apa pulangan baik dan keuntungan yang memberangsangkan,
melainkan ia akan menarik kepada perselisihan dan permusuhan di antara
umat Islam.

Firman Allah di dalam surah Al-Ahzab: ayat 58:- Maksudnya: "Mereka yg
menyakiti orang-orang mu'min lelaki dan perempuan, terhadap suatu perkara
yg tidak mereka lakukan, sesungguhnya mereka memikul fitnah dan dosa yang
nyata".

Suatu kali, Baginda Rasulullah SAW bercerita: "Bahawa pada malam Baginda
di israkkan oleh Allah,. Baginda telah melepasi segolongan manusia yg
berkuku tajam daripada tembaga. Mereka mencakar muka dan dada mereka
sendiri tanpa henti, lalu memancutlah darah keluar beserta daging muka dan
dada mereka koyak dalam keadaan yg amat mengerikan. Lalu Baginda bertanya
kepada malaikat; Wahai Jibril! siapakah gerangan orang-orang itu? Malaikat
Jibril menjawab: itulah, mereka yg memakan daging manusia (yakni suka
mengumpat sentiasa dan mencemarkan kehormatan orang lain)".

Benarlah apa yg difirmankan oleh Allah di dalam surah
Al-Hujurat, 10, maksudnya - Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.
Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu
dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Al-Hujurat, 11, maksudnya - Hai orang-orang yang beriman, janganlah
sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang
ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan
merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.
Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan memanggil
dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah
(panggilan) yang buruk sesudah iman[1410] dan barangsiapa yang tidak
bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[1409]. Jangan mencela dirimu sendiri maksudnya ialah mencela antara
sesama mukmin kerana orang-orang mukmin seperti satu tubuh.

[1410]. Panggilan yang buruk ialah gelar yang tidak disukai oleh
orang yang digelari, seperti panggilan kepada orang yang sudah beriman,
dengan panggilan seperti: hai fasik, hai kafir dan sebagainya.

Al-Hujurat, 12, maksudnya - Hai orang-orang yang beriman, jauhilah
kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka
itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah
menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka
memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa
jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Daripada ketiga-tiga ayat diatas terdapat lebih kurang enam perkara yg boleh
dielakkan bagi tidak menjejaskan perpaduan dan keutuhan kita umat Islam. Antaranya:

1. Jangan mencemuh dan merendah-rendahkan puak atau orang lain.
2. Jangan sekali-kali menyata dan menjatuhkan keaiban orang lain.
3. Jangan panggil memanggil dengan panggilan yg buruk atau menghinakan.
4. Hindarilah diri daripada berburuk-sangka.
5. Jangan hendaknya suka mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.
6. Jangan suka umpat mengumpat dan keji mengeji di antara kita umat Islam.

Marilah atas dasar dan semangat cintakan kehidupan yang diredhai Allah,
sama-sama kita hidup dalam suasana harmoni, hidup saling hormat
menghormati, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu di antara Islam lain.

Walau apa pun alasan kita, Islam melarang keras umatnya daripada sikap
kutuk mengutuk, hina menghina dan mengeji orang lain. Sebagaimana kita tidak
mahu orang mencarut dan menghina kita, maka begitulah juga orang lain.


Related Posts by Categories



0 comments

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
back to top